![]() |
asma dikalangan kanak-kanak |
Penyakit Asthma, Asma atau lelah, adalah penyakit paru-paru kronik (jangka panjang) yang menyempitkan saluran pernafasan melalui proses inflamasi. Asma menyebabkan simptom seperti wheezing (bunyi bersiul apabila anda bernafas), kesesakan dada, sesak nafas, dan batuk. Batuk yang sering berlaku pada waktu malam atau awal pagi adalah ciri-ciri yang sering berlaku.
Asma memberi kesan kepada semua peringkat umur, tetapi yang paling sering bermula pada zaman kanak-kanak. Di Amerika Syarikat, lebih daripada 25 juta orang diketahui mempunyai asma. Kira-kira 7 juta orang-orang ini adalah kanak-kanak.
Menurut data WHO yang diterbitkan pada April 2011 Kematian Asma di Malaysia mencapai 988 atau 0.97% daripada jumlah kematian. Kadar Kematian umur diselaraskan adalah 5.32 bagi setiap 100,000 penduduk Malaysia berada di kedudukan #79 di dunia.
Kanak-kanak yang sering wheezing dan mengalami jangkitan pernafasan merupakan faktor risiko yang secara langsung paling tinggi menyebabkan asma selepas umur 6 tahun. Faktor-faktor risiko yang lain termasuk mempunyai alahan, ekzema (satu keadaan kulit alergi), atau ibu bapa yang mempunyai asma.
Kanak-kanak lelaki lebih berisiko menghidapi asma daripada perempuan. Tetapi di kalangan orang dewasa, penyakit ini memberi kesan kepada lelaki dan wanita secara sama rata. Ia tidak jelas sama ada atau bagaimana jantina dan seks hormon memainkan peranan dalam menyebabkan asma.
Kebanyakannya, penghidap asma mempunyai alahan, ia termasuk kepada mkanan, atau alahan jenis cotact (sentuhan).
Sesetengah orang yg lain mengalami asma kerana terkena iritasi kimia tertentu atau debu industri di tempat kerja. Jenis ini dipanggil asma asma pekerjaan (occupational-induced asthma).
Rawatan:
Mencegah lebih baik dari menyembuh. Jadi anda harus mengenalpasti triggers yg spesifik untuk asma anda sendiri. Seterusnya ialah menjauhi trigger / pencetusnya.
Seseorang tidak semesti nya mempunyai 1 trigger, ia boleh jadi 2, atau banyak lagi. Semuanya bergantung kepada tubuh badan dan tahap imune individu itu sendiri
Antara Trigger/Pencetus Yang Biasa Termasuklah:
- cuaca sejuk
-makan, minuman sejuk
-habuk, debunga
-exercise, aktiviti fizikal
-jangkitan paru2, demam selesema-alahan makanan/ ubat
![]() |
cara penggunaan inhaler yang betul |
Selepas mengenali trigger anda, baru lah ubatan akan berfungsi dengan optimum dan memberi kesan yang positif dalam hidup anda.
Inhaler. Ini merupakan salah satu rawatan yang penting, secara umum ia mempunyai 'preventer' dan 'reliever'...
Ini bergantung kepada nasihat doktor anda, namun yang paling penting ialah teknik menggunakan yang betul. Ini kerana banyak yang menggunakan secara salah dan menyebabkan keberkesanannya kurang.
Inhaler. Ini merupakan salah satu rawatan yang penting, secara umum ia mempunyai 'preventer' dan 'reliever'...
Ini bergantung kepada nasihat doktor anda, namun yang paling penting ialah teknik menggunakan yang betul. Ini kerana banyak yang menggunakan secara salah dan menyebabkan keberkesanannya kurang.
Sumber: asthma know your trigger
PENYAKIT ASTHMA TIDAK PERLU UBAT HOSPITAL?
"Salam doctor, saya ingin bertanya. Baru-baru ini rakan saya memberitahu bahawa ubat-ubat hospital untuk pesakit asthma, sangat merbahaya. Ia mempunyai banyak kesan sampingan dan akan menyebabkan pesakit bergantung kepada ubat.
Anak rakan saya semasa kecil selalu menghidap asthma, tetapi bila masuk sekolah, dia tidak lagi menghidap asthma kerana diberikan suplemen.
Soalan saya benarkah pesakit asthma tidak memerlukan ubat hospital?"
Wa alaikum mus salam. Terima kasih atas pertanyaan puan, kerana inilah peluang untuk saya memberikan pencerahan atas kekeliruan ini.
Untuk pengetahuan puan, ubat doctor yang diberikan untuk pesakit asthma adalah selamat untuk digunakan, terutama inhaler dan nebulizer.
Inhaler dan nebulizer bertindak pantas untuk memberikan kelegaan kepada pesakit yang diserang asthma. Jika tidak diberikan, ia boleh meragut nyawa.
Kesan ubat inhaler dan nebulizer hanya bertindak ke dalam paru-paru saja, dan kesan sampingan ubat itu yang mungkin ada dihadkan. Oleh itu, jangan risau memberikan ubat itu dalam bentuk inhaler atau nebulizer kepada anak puan yang diserang penyakit asthma.
Saya juga ingin memberitahu, bahawa ubat penyakit asthma tidak menyebabkan ketergantungan. Ini bermakna pesakit perlu sentiasa mengambil ubat penyakit asthma stiap hari untuk kekal sihat. Ubat ini hanya untuk mengawal kekerapan dan memberikan kelegaan ketika diserang penyakit asthma.
Apa yang berlaku pada anak rakan puan adalah suatu kebiasaan yang berlaku pada pesakit asthma. Kebanyakan pesakit asthma di kalangan kanak-kanak akan merasa kelegaan dari serangan asthma (asthma-free) apabila mencapai umur enam tahun atau apabila mula memasuki alam persekolahan.
Hanya sebahagian kecil saja yang mungkin mengalami penyakit ini sehingga dewasa.
Sekali lagi, ubat-ubat asthma hanya diberikan hanya untuk merawat pesakit ketika serangan asthma dan mengawal kekerapan serangan asthma.
Jika serangan asthma kerap berlaku, pesakit asthma terutama kanak-kanak akan mengalami masalah permbesaran fizikal dan mental mereka.
Wallahu a’lam.
Sumber: Dr. Zubaidi
*** Diantara perkongsian dan info dari copy paste tentang gejala dan cara rawatan penyakit asthma..semoga dapat memberi sedikit pencerahan dan panduan kepada kita semua...terutama kepada anak-anak kecil kita...